love

Sunday 22 December 2013

assalamualaikum..haai awk..awk ..dan awk..hamba di sini bukan suka sangat nak berceloteh sebenarnya, tapi nak buat macam mana, dah ni ja kerja yang mampu hamba buat sebab dah terbiasa kan..malam-malam taip assighmnt ja, dek kerana semua benda alah tu dah hantar petang tadi, jadi tanagan ni takleh la duduk diam ja..nak juga petik2 nya..nak menari katanya..dah sambung tajuk kita...cinta..ada apa dengan cinta..ada aku dan kamu lah..ehh bukan..habis tu ada apa dengan cinta ni? selalu ja kita dengar setiap hari benda ni..dah nak terkeluar biji mata ni ha, dah nak bernanah dah pun telinga ni ha asyik dengar benda ni ja tiap-tiap hari..klau benda ni masuk exam mestinya ramai yang skor..al maklumlah semua dah penah rasa apa itu cinta ya..kononnya lah..sampaikan budak-budak skolah rendah pun dah ada rasa gatal-gatal dah sekarang ni nak bercintanya..amboiii..dan kesannya ada yang sampai sanggup bunuh diri, toreh-toreh tangan bila rasa cinta ni tak kesampaian...haishh..jangan begitu sayang..tak elok..kenapa disalah erti makna cinta..perasaan cinta itu suci, hadirnya tanpa dipaksa..ingat tanpa dipaksa. bila ianya tanpa dipaksa, kenapa harus merana jika ia pergi.. ikhlaskan hati..bila cinta makhluk yang pergi, ..ingat, Cinta Ilahi sentiasa menantimu..bila kita mula mencintai Ilahi, Dia akan hadirkan orang-orang yang mencintai kita kerana Dia..masa dk tgh syok2 online semalam ada la terbaca kata- kata motivasi  dari wall islamic motivation ni.. mendalam jugak la maknanya..jadi nak kongsikanlah apa yang aku baca tu kat awk awk dan awk semua ni...tu kat bawah tu..

''KETIKA CINTA TAK HARUS MEMILIKI''

Pernahkah engkau merasakan kesedihan ketika engkau tetap mencintai seseorang,Meski engkau tahu dia sudah tidak sendiri lagi dan cintamu tidak mungkin berbalas?

Pernahkah engkau merasakan ketika engkau sanggup melakukan apa saja demi seseorang yang engkau cintai,Meski engkau tahu dia tetap pergi dan takkan pernah kembali lagi?

Pernahkah engkau merasakan hebatnya cinta?
Ketika engkau tetap tersenyum ketika terluka.
Ketika engkau tetap bahagia walau didalam hati menangis.
Ketika engkau tetap tersenyum disaat perpisahan.

Jujur aku pernah merasakannya..!!
Tapi aku mampu tersenyum meski hatiku terluka.
Karena aku yakin Allah tidak menciptakan dia untukku.

Aku pernah menangis ketika bahagia.
Karena aku takut kebahagiaan cinta itu akan sirna begitu saja.

Aku pernah bersedih ketika bersamanya.
Karena aku takut akan kehilangan dia pada suatu hari nanti.

Aku juga pernah tersenyum manis ketika berpisah dengannya.
Karena sekali lagi, aku percaya cinta tak harus memiliki.
Dan aku yakin Allah pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku.

Jujur pula aku tetap bisa mencintainya.Meski dia tak dapat aku rengkuh dalam kehidupanku.Karena cinta memang bukan hanya ada di dalam raga.Akan tetapi selalu bersemayam didalam jiwa.

Semua orang pasti pernah merasakan cinta.Baik itu dari kedua orang tua.Dari seorang sahabat.Ataupun dari pasangan hidupnya.

Untukmu yang sedang jatuh cinta.
Rawatlah cintamu dengan sebaik-baiknya.­Karena pada hakekatnya cinta itu sangat indah. Tetaplah berhubungan di jalan-Nya. Jangan jadikan cintamu menjadi fitnah. Tapi jadikan cinta sebagai barokah.

Untukmu yang terluka karena cinta.
Hidup itu bagaikan roda yang terus berputar.Suatu saat akan berada di bawah dan hidup terasa begitu sulit.Bersabar dan berdoalah karena cinta yang lain akan datang dan menghampirimu.

Untukmu yang tidak percaya akan cinta.
Bukalah pintu hatimu. Janganlah menutup mata akan kehadiran cinta yang ada di dunia.Karena cinta yang suci akan membuat hidupmu menjadi ceria dan bahagia.

Untukmu yang mendambakan cinta.Bersabarlah dalam penantian kehadirannya. Karena cinta yang indah tidak terjadi dalam waktu sekejap.

Percayalah ALLAH telah mempersiapkan pasangan terbaik untukmu.

Admin Selalu Do'akan,Semoga mendapatkan Jodoh Yang Setia,Rumah Tangga Sakinah Serta Rezeki Berlimpah dan Berkah.

Aamiin ya Rabbal'alamin..

Tuesday 17 December 2013

bila ulat bulu bertemu ulat togel... :p

assalamualaikum...:) kenapa tajuk ulat pula malam-malam buta ni..ehh malam? pagi dah sebenarnya ni... ulat bulu.. mulanya diaorang ni x kenal pun satu sama lain..satu hari takdir Allah telah menemukan mereka dalam satu ruang waktu yang tidak pernah dirancang..diaorang mula kenal..ulat togel ni tahu yang ulat bulu ni dah ada makwe (hamboiii kau nyah, ulat pun bercouple sekarang) iaitu ulat yang akan bertukar menjadi kupu-kupu yang sangat cantik..yang akan dikagumi oleh setiap orang. dan ulat togel ni pun ada ulat lain yang dia minat sebenarnya iaitu ulat beluncas...lalu ulat bulu  baik..dalam masa yang sama dia mula berkawan dengan ulat togel ni..ulat togel ni tak kisah pun dengan sape dia berkawan..asalkan dia mampu terima ulat togel ni apa ada nya..
pada satu hari, ulat togel ni dapat tahu yang ulat bulu ni dah tak bersama ulat yang akan jadi kupu-kupu tu..ulat togel doa agar hati ulat bulu mampu menerima takdir Tuhan itu..sebab pertemuan perpisahan tu semua takdir Allah..kebetulan pula ulat beluncas yang dahulu nya sentiasa ada dengan ulat togel pun menghilangkan diri...apa lagi..ulat togel pun sedih la sebab crush dia dah takde.. so dalam masa yang disamping ulat bulu stabilkan balik perasaaan dia,dalam masa yang sama  ulat togel sentiasa menasihati ulat bulu supaya bersabar..ulat togel sentiasa tulis dalam diari dia,  yang dia suka sangat kawan dengan ulat bulu..ulat togel ni kadang-kadang perangai dia macam ulat kecil, nakal, melawak..maklum lah umur baru 21 tahun..lain dengan ulat bulu yang umur dia dah 27 tahun..sebab ulat bulu sentiasa buat ulat togel tersenyum.. beberapa tahun kemudian, dalam diaorang berkawan, tetiba ulat togel ajak ulat bulu kawin...ehhh..haha.. ehh ulat pun nak membiak jugak la..tapi yang ni special kes sikit sebab gegirl yang lamar boboi..lepas ulat togel habis bljar ulat togel bekerja sebagai inspektor polis...tapi yang sedih ulat bulu tolak lamaran ulat togel tu..tak tahu apa sebabnya..ulat togel melamar ulat bulu tu sebab dia ada menaruh perasaan kat ulat bulu tu..selepas kejadian itu, ulat togel malu sangat..ulat togel fikir mesti sebab perangai dia macam tomboy sikit..sebab tu la ulat bulu tak nak dekat dia..sebenanrnya ulat togel ni bukan nya tomboy, tapi keadaan yang memaksa dia..keadaan dimana hatinya sentiasa disakiti oleh ulat-ulat yang sebelumnya..lalu mereka mula menjauhkan diri..masing-masing diam dan tidak bertegur sape..beberapa bulan kemudian, ulat bulu mula rasa kesunyian..mula rasa kehilangan sesuatu yang sentiasa ada dengan dia. ulat bulu juga bukan mula menyesal.bukan sebab perangai ulat togel yang sedikit brutal tu yang membuat dia menolak lamaran tu, tetapi disebabkan dia takut untuk disakiti sepertimana yang dilakukan oleh ulat yang jadi kupu2 tu.. dia mula merindui saat2 bersama ulat togel.. dia mula menafsir perasaannya sendiri malah dia menyedari bahawa perasaannya juga ada untuk ulat togel tu..dia mula menyalahkan dirinya..dia mula mencari ulat togel..puas dia call ulat togel tapi xde yang agkat... ..dia mula wechat ulat togel tp xde yg balas. ulat bulu mula sedih.. tweet2 tp xde yang respon..favourite pun tak..haihhh...ulat bulu mengeluh.. mula mengangkat tangan menadah doa moga dipertemukan kembali..( tu la lain kali jual mahal lagi..hambik kau..).. lagu encik mimpi mula berkumandang macam yang korang dengar sekarang ni... alaa sedih la pulak..ulat togel pula mula merindui ulat bulu..bukan apa rindu ingin berbual dengan ulat bulu..ulat bulu mula merancang sesuatu untuk ambik balik hati ulat togel. sedang ulat bulu pikir plan tiba2 dia mendapat idea. dia berpakat dengan kawan dia yang kerja dekat hospital sardina tu...ulat bulu ni pakar kulit kat hospital sardina tu kalau korang nak tahu..dalam masa yang sama tiba2 ulat togel mendapat panggilan daripada no yang tidak dikenali..masa tu ulat togel tengah masak tomyam dengan asam pedas..ehhh..hahaha..dia mula menangis sebab org yang call tu cakap ulat bulu xciden. 50-50 keadaan dia.. haa engkau..nak menipu pun  biar betul2 kan.. ulat togel mula memecut dengan kereta kia sorento bapak dia..kebetulan bapak dia ada situ..dengan selipar yang kanannya wane pink yang kirinya wane hijau.banyak la sebab kaki pun banyak..calourful gitu..ni ulat ke manusia ni..sah2 memang tak toleh kanan kiri dah minah ni..sampai di bilik rawatan, air mata mula menitis melihat keadaaan ulat bulu yang separuh mati tu..(dasar penipu)..coii.. akhirnya ulat togel mula memanggil nama ulat bulu..tiada respon..mula menyesal dengan tindakannya. puas dia merayu dan meminta maaf..fuhh so the drama..tiba2 penanda nyawa yang turun naik turun naik tu apa ntah nama dia berhenti..haaa sudah..ni makna nya ulat bulu dah pergi. sedang ulat togel merenung ke lantai, tetiba terdengar satu suara berkata. " will u grow old with me" "will u be mine" boleh pulak dia buat selamba rock camtu..haha..tu sebabnya si ulat bulu ni dah tak tahan nak gelak..dasar jantan.. si togel ni tersenyum dan hampir memeluk si bulu ni..mana tak nya, buah hati pengarang jantung dah sedor..bajet je lah si ulat bulu ni..haisshh..lepas tu mereka berkahwin dan di kurniakan 5 anak..2 yang berbulu penuh ikut si bulu..2 lagi yang togel..dan yang bongsu nya togel body ya togel, kesemua kakinya plak berbulu..ALLAHUAKHBAR.. haha..itu lah jadinya.. bila si ulat bulu bertemu si ulat togel... :)

#cerita banyak rekaan awl2 nya ja yang betul..yang selebihnya terserah pada takdir.. assalamualaikum

Monday 11 November 2013

ALLAH...i am waiting for the call..!!!

" Labbaykallahu malabbayk..labbaykala syarikala kala bayk..innal hamda wani' mata laka wal mulk, la syarikala kalabbayk"
miley away..ocean apart..never in my sight, but always in my heart..the love always there, its will never die.i thinking of the time..when the day will come..standing there before You accept this hajj of mine..standing in ihram..making my tawaf..drinking blessing from Your well..the chellenge of safa and marwah rekindles my iman..oohh ALLAH i am waiting for the call.i praying of the day ..when i can be near the Ka'ba wall.i fell alive and i fell strong..i can fell islam running through my veins..to see my muslim brothers their purpose all the same ..i truly hope one day, every one can get the chance..of being called to Your Noble House..~ irfan makki..

itu impian, itu harapan..juga merupakan rukun islam ke 5 bagi seorang muslim..setiap seorang muslim sudah terselit dalam hati nurani nya untuk menjadi tetamu RUMAH ALLAH iaitu BAITULLAH ..berpijak dibumi anbiya'..bumi dimana sebilangan besar para Nabi dan para sahabat desemadikan..bumi barakah dan penuh sejarah..alhamdulillah bagi sesiapa yang pernah sampai ke bumi Mekah..insyaALLAH agi yang belum sampai lagi..:). panggilan dari Allah...dalam hidup kita, kita hanya mendapat 3 panggilan sahaja...panggilan pertama ialah panggilan untuk kita menunaikan solat..setiap hari, setiap 5 waktu.. subuh,zuhur, asar, maghrib dan isyak.. tanya diri kita, sama ada panggilan yang pertama ni telah kita sempurnakan ataupun tidak..jika panggilan yan pertama itu (solat) pun kita masih belum sempurna..bagaimana mungkin kita nak menyahut panggilan Allah yang seterusnya...sembah sujud kepada TUHAN YANG MAHA ESA wajib bagi kita sebagai hambaNya..mengapa kita begitu sombong dengan DIA yang telah mencipta kita..sedangkan banyak nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita..bersyukurlah sayang..dan bertaubatlah..Allah sentiasa menunggu dan pintu taubat sentiasa terbuka.. inssyaALLAH.. panggilan ke dua bila mana ALLAH memanggil kita ke Tanah Suci Mekah.. ini merupakan panggilan ke 2 bagi kita..panggilan ini wajib bagi yang mampu, tidak wajib bagi yang tidak mampu...mampu dari segi apa?? dari segi kewangan dn dari segi tenaga..sungguh bertuah menjadi tetamu Allah..kerana ganjaran amalan yang kita buat di sana akan berlipat kali ganda .contohnya 1 rakaat solat di sana bersamaan 100000 ganjaran..ALLAHURABBI...:) ..berusahalah sehingga kita mampu menyahut panggilan ALLAH ini..insyaALLAH... dan panggilan ke 3 dari ALLAH Pencipta sekalian alam ialah panggilan sakaratul maut..iaitu panggilan terakhir bagi kita hambaNYA untuk kembali kepada Pencipta..bersediakah kita manusia yang hina ini untuk menghadap Ilahi..setiap yang bernyawa akan menemui mati..janji ALLAH itu pasti kawan..kemana kita selepas ini.?? syurga atau neraka?? itu bergantung kepada amalan kita sayang..lihat kembali amalan seharian kita..cukup kah solat kita?? sempurnakan puasa kita?? rukun islam dan rukun iman bagaimana?? bersediakah kita untuk kembali kepada NYA?? tepuk dada tanya iman.. sakaratul maut ini antara perkara yang amat sakit yang akan ditanggung oleh kita... kenapa?? kerana sakit sakaratul maut ini seperti tusukan 300 pedang (hadis nabi) ... suka atau tidak, kita tetap akan menghadapi mati...cuma yang membezakan kita adalah amalan yang akan dibawa menghadap Ilahi nanti...semoga kita semua akan di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman nanti..di SYURGA ILAHI...insyaALLAH... :)

lihat sahaja bagaimana cerita  tentang kematian seorang hamba ALLAH ini..semoga menjadi panduan dan pedoman bagi kita semua...ambik link kat bawah tu then masuk youtube, dengar lah cerita ustaz tu,,insyaALLAH ..airmata kita akan menitis..:)
http://www.youtube.com/watch?v=2tjytg2ZbOM


# dari sahabatmu yang ingin bersama mu hingga syurga...assalamualaikum..:)

Friday 8 November 2013

bila dia menyapa..jodohkah namanya..?


cinta??? itu fitrah...ya,bila umur semakin meningkat...perasaan itu semakin menghampiri... kenapa?? sebab perasaan itu Allah yang cipta...cinta itu indah.dan ianya akan indah bila tiba masa nya nanti..dan juga semestinya lah cinta itu harus di bawa ke jalan yang diredhai..bagaimana? dengan berkahwin....:) baru lah ianya nya digelar CINTA HIGHCLASS..Allah cipta manusia cukup lengkap dengan akal, nafsu, perasaan yang semestinya ianya merupakan sebuah ciptaan yang agung dan terindah..dalam hidup, kita akan bertemu dengan insan-insan yang merupakan sebahagian watak dalam hidup kita..dan pertemuan ini akan menjadi titik tolak , sama ada seseorang itu akan tetap bersama kita hingga syurga Allah atau pun hadirnya dia hanya untuk sementara sahaja iaitu untuk memberi pengajaran dan mengajar kita bagaimana  menghargai. .memang fitrah manusia  ingin didampingi dan mendampingi ..disayangi dan dicintai...dalam hidup kita juga akan bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan yang betul..memetik daripada kata2 ustazah fatimah syarha..."jika kita mengenali seseorang atau bercinta dengan seseorang 20 tahun sekalipun, kita belum tentu akan mengenali nya, yang kita kenal hanya lah lakonannya semata-mata.."  ..jatuh cinta itu tidak salah..tetapi sampaikan lah cinta kamu itu mengikut jalan yang betul...ambil lah jalan yang di redhai Allah yang telah disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW , iaitu dengan berkahwin...alangkah indahnya bila semuanya halal.. :) kerana setiap perbuatan selepas berkahwin akan mendapat ganjaran pahala yang sangat besar di sisi ALLAH SWT kerana perkahwinan itu sendiri merupakan satu ibadah...namun besar tanggungjawabnya...sebelum memasuki alam rumahtangga pula, kita mestilah bersiap sedia dengan segala ilmu rumahtangga agar rumahtangga kita nanti aman dan damai..tu lah sedikit sebanyak entry nya ya...kisah aku??  nak aku cerita la tu..haha...cerita aku rasa nya xda la nak menarik sangat... tipulah kalau aku cakap aku tak pernah jatuh cinta kan...yes, memang sebelum ni aku pernah bercinta...namun hanya separuh jalan sahaja...semuanya fail...x pernah tak fail...haha.. mula jatuh cinta masa form 4...masa tu boleh dikatakan cinta monyet pun boleh la kan...sebab cinta budak sekolah...masa tu hingus pun mak sapu lagi oii...sampai la upper 6 bercinta pulak dengan classmate...boleh pulak macam tu..yang upper 6 ni aku dah kena dia masa sekolah rendah lagi...tak tahu lah macam mana terbabas boleh g jatuh cinta pulak dengan dia....lepas clash dengan dia...sampai la sekarang, I'M SINGLE..and i like it...feel free whatever i wanna do.. .................. tapi
  dalam single pun tipulah aku tak minat kat sesiapa kan...minat tak semestinya kami bercinta ok...cam ni lah...aku simbol kan sebagai Mr F....bukan Mr Arrogant ok..haha...sampai sekarang kita orang "berkawan" ..dalam berkawan tu tipulah tak wujud perasaan tu...tapi aku tak nak menaruh sebarang harapan...nak buat macam mana, dia dengan aku jauh sangat perbezaan nya...dia ada rupa, tapi aku, ? not pretty good...juat a simple person... bagi aku lah...aku tak cari rupawan, aku tak cari hartawan, tapi aku cari yang sepadan...orang kata nak cari suami tengok pada agamanya kan??? tetapi bagi aku , nak dapatkan ustaz, orang yang kuat agamanya, aku kena tengok balik diri aku...padan ke dengan golongan tu...bagi aku, biar lah seseorang itu lemah agamanya, TETAPI sanggup bersama-sama aku belajar agama tu..susah senang bersama..sebab aku pun sedang merangkak untuk belajar ilmu agama ni...dah tekad dalam hati aku, biarlah tidak bercinta sekarang...asalkan cinta yang akan datang iaitu cinta selepas nikah kekal sehingga akhir hayat malah sehingga ke syurga ALLAH... memang kita tidak tahu siapa jodoh kita, tapi tak salah andai nama dia yang selalu menjadi isi dalam setiap doa kita setiap hari...Mr.F ..ur name is always in my '' Doa ''... dan aku juga harap sangat yang Mr.F ni yang akan memimpin tangan aku hingga syurga ALLAH nanti...boleh ke macam tu??? ni makna nya aku nak dia jadi suami aku la oiii... hehe...malu la pulak...kalau lah dia tahu kan, mahu nya merah padam muka aku..... suka seseorang dalam diam ni memang seksa..kadang- kadang tu sampai keluar air mata...yes, aku akui itu...tapi biarlah perasaan itu kita simpan, hanya ALLAH sahaja yang tahu...hanya kita dengan ALLAH sahaja...:) ..biar seperti saidina ALI dengan saidatina Fatimah yang saling mencintai dalam diam, tetapi akhirnya ALLAH temukan dalam sebuah ikatan suci yang di gelar perkahwinan... hanya DOA yang menjadi penghubung...ALLAHURABBI.. * macam nak nangis.. and for Mr.F ...hope u'll be happy whatever u did, wherever u go...mengenali mu satu anugerah...sungguh indah...terima kasih.. :)  dan bila satu hari nanti, kalau ALLAH izinkan :

and i will say "YES" for sure...haha...i'm crazy rite??? ..insyaALLAH...jodoh pasti bertemu...hope so..



tapi andai kita tiada jodoh...anggap lah ini adalah ujian dari ALLAH...telah aku serahkan sepenuhnya hati aku ni kepada ALLAH..sudah malas memikirkan tentang cinta yang tak menjanjikan apa-apa hanya derita..mungkin pengalaman yang lepas yang banyak mengajar apa itu keikhlasan,,apa itu erti menghargai...dan kalau betul lah jodoh aku dengan Mr F ni ada...aku akan upload gambar Mr F tu nanti...bila??? lepas kawen...haha..lol...setakat ini sahaja lah kot yang aku dapat kongsi...


harap sangat perasaan ini adalah rasa cinta yang terakhirdan  akan kekal sampai tua..macam pak cik ni...
 apabila kita mencintai seseorang kerana hartanya, cinta itu akan hilang bila hilang hartanya..
jika kita mencintai seseorang itu kerana rupa paras. maka cinta itu akan hilang bila umurnya semakin tua.. tetapi
 jika kita mencintai seseorang itu kerana ALLAH, insyaALLAH ianya akan kekal hingga syurga PENCIPTA.. assalamualaikum.. :)

Wednesday 6 November 2013

Kem Interaksi Junior suksis UKM ...

assalamualaikum...mood a.k.a mahmood nak "update" blog ni baru je ada lepas minum milo campur white coffee tadi...sebab apa..sebab tak tahu nak buat apa ...sebab duduk sorang2 dalam bilik ni..sebab roomate kita pergi kem PASUKAN GERAKAN AM ( PGA) ..dan sebab letih baru balik dari Cameron Highland ..sebab nya fieldwork subjek geomorfologi tropika..berapa banyak sebab daaa...haha..
      ok la, tajuk atas tu "kem interaksi junior suksis ukm" kan..gini la ceritanya...minggu lepas aku baru je balik dari kuala woh, Perak...sebelum tu aku cita sikit la ya...SUKSIS ? SUKARELAWAN SISWA SISWI ni salah satu badan beruniform kat UKM ni.a.k,a polis sebab nya badan beruniform ni dibawah PDRM...mana2 IPTA kat Malaysia ni pun ada badan beruniform ni..asal nya bulan september hari tu kami orang dapat junior baru..so untuk mengerakkan silaturrahim antara pelatih dengan jurulatih, kami orang yang senior2 ni buat la kem interaksi..mula nya aku x terpilih pun untuk jadi pemudah cara (pc) ni sebabya kuota dah penuh..tapi tetiba kawan aku (suzy) tak boleh pergi sebab nya ada exam...so aku la ganti tempat dia...kami kat sana 3 hari 2 malam...macam2 la program yang kita orang buat untuk adik2 junior ni...gelak tawa bersama dan yang paling penting telah terciptanya satu kenangan kami bersama ..ukhuwah kekeluargaan kami juga semakin erat...aku pun dengan senior aku makin erat kot hubungan tu.. yang sebelum ni x pernah nak bertegur sapa kalau jumpa...walaupun satu aras dan selalu jumpa kat bilik air time nak mandi...hehe...seriously, aku rindu saat itu..* lap hidung berair... flu la wehh..bukan nangis..haha..apalah...ok sambung...lepas tu kan...lepas tu apa ek...haaa macam2 la budak2 tu kena dengan kami orang...ada yang kena makan bawang, lada etc...kesian pun ada jugak...tapi tu la kot yang akan buat dia orang ingat kami2 ni...
  selain tu juga.. aku dengan teman2 lain semakin la rapat ..sebab semua benda kami buat sama2...habiskan masa sama2...gosip u...sebab kalau time kuliah mana sempat nak sembang2 , borak2 sesama..*bajet study hard pulak..hmm apa lagi ya nak cita...yang cita pasal han** tu xyah la..sebab sekarang aku sorang2 kat bilik ni haa..* pandang tingkap..hehe....lagi dan lagi kat sini jugak la aku dah.................. apa? bukan jatuh cinta la..aku dah tahu lagu "what the fox does say" ...what the fish..haha...mula2 aku ingat apa benda lah lagu ni...sampai lah satu saat pudin (pon kawan aku) bagi aku dengat lagu ni...apa lagi aku gelak samapi kluar air mata...mana tak nya dengan gaya dia menari tuh tambah pulak si ijat g join sekaki...wah...joget sakan la dia orang..* aku x ok...haha...n kat kat bawah ni aku setakan lah sedikit sebanyak gambar2 aku dalam Suksis ni...seriously..memang awesome babe...dalam ni aku di ajar pegang pistol masa kem menembak..yes..revolver 3.8 dan M16 GUN...apa lagi, bila pegang benda2 ni apa lagi dalam kepala dah macam2 bermain..dengan perasaan tu bercampur baur...rasa macam nak g perang pun ada..*cehh bajet..haha.. baru je pegang..x tembak pun lagi...apalah..dan bila dah tembak tu rasa wahhhh...x tahu nak cakap..dengan telinga dah tak dengar apa2..sebab bunyi dia superb kuat nak mati..tangan dah terketar-ketar..haa ambik kau...tu gambar kat sebelah, time kem menembak tahun lepas..ni la selalu kawan2 aku cakap..muka brutal tapi kalu dah nama nya perempuan akan ada jugak la perasaan takut tu..and tell u what...result aku xde la teruk sangat..hehe..jap aku tunjuk..gambar bawah tu result aku.. *senyum je


tu je lah kot setakat yang aku boleh kongsi..mata pun dah mengantuk, sebab sekarang ni time waktu tido..bukan macam kat barat yang sekarang ni time lunch..hmm dah melalut dah...ok lah have a nice day ..and have a nice life to u.. :) from




                                                KS 45151 NURUL HIDAYAH ROHADI 
                       IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (GEOGRAFI) 
                                         UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Monday 21 October 2013

aku ingin berubah....

ya aku ingin berubah... siapa aku dahulu..??? siapa aku di masa silamku..?? adakah aku seorang yang mematuhi segala arahan TUHANKU..?? tidak.. adakah aku seorang yang menutup auratku?? tidak... adakah aku seorang yang menjaga solatku..?? tidak... ALLAHURABBI.. betapa hinanya diri ini... sungguh aku malu kepadaMU TUHANKU.. kemana akan ku pergi selepas kematianku... sungguh aku tidak sanggup ke nerakaMU ya ALLAH.. aku juga sungguh tidak layak ke syurgaMU... rukun iman, rukun islam sungguh dulu aku tinggalkan.. aku lalai dengan dunia.. akhirat hampir aku tinggalkan...sedangkan umurku semakin bertambah...namun sampai bila aku harus begini..bergelut dengan maksiat dunia.. mana harapan kedua ibu bapaku..? siapa yang ibu bapaku harapkan untuk mendoakan mereka bila mereka sudah tiada..ya itu aku yang dahulu... betapa indahnya kawan, janji ALLAH kepada hambanya yang mengabdikan diri untukNya ... yang mengejar akhirat berbanding dunia.. yang mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.. aku seorang perempuan, yang mempunyai ibu bapa yang menyayangi..ya tapi apa balasanku untuk mereka...mereka mengharapkan anak soleh namun tingkah laku ku bagai mengkhianati mereka..kenapa?? ya kerana solat tidak ku jaga, auratku entah kemana..sudah semestinya segala dosaku juga turut mereka menerima tempiasnya.. kerana aku belum berkahwin... tapi sampai bila mereka harus menanggung segala dosaku ini...aku mengaku sayangkan mereka tapi apa balasanku...jika perangai dan tingkah laku aku masih seperti ini, bagaimana nanti jika aku berkahwin..adakah suami ku pula yang akan menanggung segala dosa aku sedangkan aku mengaku yang aku sayangkan dia..

berubah...ya...alhamdulillah..doa di panjatkan kepada Maha Pencipta ..moga diberi hidayah untuk berubah kembali ke jalan ILAHI...perbetulkan hati mu dan niatmu...tiada kata "sudah terlambat" untuk berubah...ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang... adakah kita hanya ingin ISLAM hanya pada nama..sedangkan tingkah laku bagaikan syaitan dari neraka... sehina-hina syaitan, dia masih bersujud kepada ALLAH.. syaitan hanya sombong tidak ingin bersujud kepada nabi Adam..tapi adakah kita meletakkan diri kita lebih hina dari syaitan...Allah............................


kawan, itulah diriku yang dahulu...kalau nak cerita diri aku yang dulu, memang tak lah...kadang kala malu pun ada bila ingat balik perangai lama ni...tu aku kata yang aku ni bukan baik sangat...tapi alhamdulillah... diberi hidayah untuk berubah..tapi kadangkala terbabas juga..kerana kita manusia ni lemah..mudah tergoda dengan godaan dunia...perlukan bimbingan dan semngat untuk terus istiqamah.. dengan itu, berkawan lah dengan mereka yang selalu dekatkan diri dengan Tuhan..ALLAH ALLAH ALLAH.. bila kita niatkan pada hati untuk berubah, insyaALLAH, ALLAH akan hantarkan orang2 yang baik untuk membimbing kita... berusahalah kawan...ubah lah diri kita ke arah kebaikan, kerana kita tak selamanya hidup di dunia ini..akan mati juga satu hari nanti...dan apa bekalan amalan yang akan kita bawa.?? tepuk dada tanya iman, tanya hati kita...

....................ya kawan, aku tahu, jauh di sudut hatimu ada secalit naluri untuk berubah, untuk menjadi seorang yang baik, untuk menjadi hamba yang setia kepada pencipta...tak kiralah kita ni model ke, pegawai bank ke, artis ke, penarik beca ke, muda, atau pun tua, kaya ataupun miskin, tetap perlu mentaati perintah Allah kan..maka panjatkan lah doa kepada Tuhanmu... jadi aku akan bagi beberapa tip untuk kita sama2 amalkan...kawan..aku x ingin ke syurga sendiri...biarlah kita berpimpin tangan menuju syurga ILAHI... ALLAHURABBI...indahnya..


ok, antara tip nya ialah.. :)  :
1- niatkan hati kita..betulkan niat untuk berubah kerana Allah taala..
2- betulkan amalan kita..contohnya solat..sebab solat tiang agama..solat juga adalah amalan pertama yang akan di tanya oleh Allah di padang masyar nanti..cuba untuk tidak tinggal solat selama 40 hari..insyaALLAH selepas tu, perasaan kita akan lain.kita akan rasa berat untuk tinggalkan solat kita...dan sertakan dengan amalan2 lain seperti baca alquran..dan zikir2 kepada ALLAH secara beransur-ansur..


kawan, ALLAH tu sentiasa ada dengan kita...kita sedih, gembira walau apa pun keadaan kita, ya dia sentiasa di sisi kita...bermunajat lah kepada DIA..Dia MAHA MENDENGAR..
xkan kita nak menyesal bila kita dah mati...tak ada guna dah...tu je lah kot sedikit sebanyak benda yang aku boleh kongsi..juga pengalaman aku sendiri..nasihat aku, jangan malu untuk berubah..kembalilah kepada Tuhan..Dia menanti kita.. :) insyaALLAH..

#dari sahabat yang ingin memimpin tanganmu bersama ke syurga ALLAH..

Sunday 20 October 2013

impian..harapan..dan masa depan ..part 2..

sambung lagi ya.. :) 

lagi impian aku sterusnya adalah aku nak ada perniagaan sendiri..tu benda yang dah lama aku simpan.. aku dah bagitahu niat hati aku tu kat mak.. tapi mak kata habiskan pengajian tu dulu sebelum berkerja atau berniaga..sekurang-kurangnya kita dah ada ijazah...tu mak kata... tapi kalau boleh sekarang jugak aku nak terjun dalam perniagaan ni... kecil kecilan pun jadilah..tapi benda tu bukannya senang.. kalau acah-acah je baik x payah mak cakap... buang masa, buang duit dan buang tenaga...  hmmm lagi apa lagi ehh ..??? ...............................................................................................................................

satu lagi aku nak nyanyi lagu "perfect two"  kat sorang ni...sape?? pakwe...??? nop...crushh??? maybe... :p   punyalah comel lagu ni...hehe...kalau korang nak dengar, pergi cari "the melody" kat tepi sebelah kanan atas gambar penulis blog gula hati ni...haa dah jumpa dah??? tekan play...layan la lagu tu sampai pengsan...haha... kalau tertunai lah impian aku ni...wah alhamdulillah...nanti aku akan update lagi dan tunjukkan gambar orang tu kat blog aku ni... tu pun kalau berjaya...haha... maybe lambat lagi kot... 3,4 tahun lagi..maybe... :D ..tell u what, yes i thinking about him now...lol... kalau tak tak tertunai jugak, nanti aku nyanyi kat suami aku je lah... hohoho... shy shy shy... ...
 
gambar hiasan

..........lagi dan lagi impian aku ialah, kalau nanti aku dah ada rumah sendri, aku nak buat sangkar haiwan yang besar kt belakang rumah..wahhh :D.. aku nk bela kucing reramai kat dalam tu... sebab sekarang kat rumah mak abah aku tinggal 4 ekor je kucing... sebab apa, manusia mana la yang baik sangat g curi semua kucing2 aku tu...woooiii nak sangat p cari kedai la weiii...pasal apa korang rembat kucing aku tuh... tgh marah ni..haa...yang paling syok nya bela kucing ni, time kita nak bagi dia makan tu...bayangkan ada 10, atau 20 ekor time kita nak bagi makan tu...waaaa .. semua tengah tunggu dengan muka yang comel tu mintak makanan...eeeehhh comeeeeyyy ngaaattt... :p ... tapi silap2 haribulan gaduh dengan suami, aku kurung suami aku dalam sangkar tuh...ahahahaha...kejam siot kau ni dayah... xdalah...suami kurung ja dalam bilik... haha...dushhhhh...berangan ja kerja nya... :) ....


...... so, setakat tu je la kot impian aku buat masa ni, dan setiap impian tu mestilah kita berharap akan tercapai untuk kehidupan masa depan...macam aku cakap, x salah tanam impian dan angan- angan kita sebab tu akan memberi semangat tuk lebih berusaha ... yeaahhhh.... :)

Saturday 19 October 2013

impian, harapan dan masa depan...


boleh dikatakan antara perkara yang sering menerjah kotak fikiranku.. adakah ianya hanya sekadar khayalan semata- mata atau ianya akan terbukti bila tiba masanya nanti.. impian .. sebuah angan-angan yang seiring tumbuh bersamaku setiap hari.. ( aku kan suka berangan) ..impian aku ni banyak.. tapi kadang2 sikap malas yang selalu berkudis dalam diri tu buat impian tu aku rasa makin jauh tuk aku capai..

meh nak cuba list impian2 yang x sudah ni..

1 nak kawen dgn org hensem ( amboiii dia bajet ) ..kawen ja dalam kepala kan...haha.. xda la, at least kawen tu boleh buat aku lagi la semangat nk habiskan pelajaran ni.. hehe.. xda lah, tu semua angan2 je..yang ptg dia terima aku apa adanya.. dah satu keluar ciri2 bakal suami ha..take note la sape2 yang nak try tackle aku tu..#ehh..  lol

2 nak sambung buat master... haaa pulak dah, tadi nak kawin.. dk rasa kalau dah kawen, master ntah ke mana , aku ntah ke mana.. tunggang langgang habis.. tapi nengok org lain kawin ok ja...hmm.. hehe... dan pastinya dalam jurusan geografi.. cam gambar kt sebelah tu, tu dalam lab.. lepas uji sampel tanah.. :/ ( pakai baju cm doktor sebabnya cita2 dulu nak jadi doktor) haha... dah tenggelam laut mana dah cita2 aku tuh... pape pun, jadi penyelidik ni lagi best kot.. semester ni kita orang pergi ke gua musang sebab ada fieldwork subjek geomorfologi tropika.. apalagi, cari kesan2 hakisan, batu bata... main dengan tanah lagi la gamak nya......!!!!


 berangan lebih2 ni sebenarnya assighment aku x siap lagi...kemain dia kan laju ja tulis blog... excited prof, maaf la, orang baru nak ada blog, cenggini la...ok la, nak g bereskan kerja dulu ya..kejap lagi gua datang balik... .................


............................................................. bersambung............... <3 



ehhh sebelum tu, jom tengok beberapa gambar kita orang masa dalam makmal... kadang2 banyak main dalam makmal ni..kerja kejap je pun... sebab apa, sebab semua geng2 kumpulan aku ni jenis kepala atas angin.. makna nya, kadang-kadang tak serius langsung buat kerja..apa-apa pun tengok lah ya...






Thursday 17 October 2013

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN HIDUP SI ANAK ROHADI :)
 mendapat pendidikan awal di Taski. kemudian di sekolah rendah kebangsaan bunut susu..selepas tu aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Pasir Mas selama 4 tahun,.. semasa tingkatan 5 kembali bersekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu. dan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Tendong.
(gambar)( geng dalam batu).. currently, sedang melanjutkan pelajaran dalam IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN(GEOGRAFI) di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..dari darjah 6 hinggalah sampai lah ke alam universiti ni  dah macam2 benda jadi dalam hidup ni.. suka, duka, susah, senang, ketawa, dan air mata.. semua ni bercampur dan menjadi satu adunan yang menjadikan aku yang mampu berdiri hingga ke hari ni.. pengalaman hidup ni nk cakap macam mana ehh, :)  yang paling aku xleh lupa, kat sekolah, kebanyakan cikgu kenal aku ( bajet hot) .. bukan hot sebab pelajaran tapi  sebab selalu buli cikgu.. ehh??? haha.. tapi tu lah perangai aku..yang paling ketara masa form 6..al maklum la sekolah dah nk habis kan.. pernah satu ketika seminggu berturut-turut semua cikgu mogok sehinggakan tiada yang mahu masuk mengajar kita orang..haa sudah.. tu sebab masa tu result kelas kita orang teruk gila..suka main... smua cikgu dk bash n then bandingkan kelas kita orang dengan kelas lain..dammmn..ambik kau...sampai nangis2 cik kelas kami.. adoii...but, final exam kita orang antara best student kt skolah.. aku pun,, walaupun exco pengawas paling malas, dan title "ratu tido dlm kelas" still dapat kat aku, result final exam alhamdulillah..dpt la pointer 3.8+ .. :))) senyum ..hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kedua ibu bapa kita, dan buat guru2 yang pernanh mendidik kami, terima kasih cikgu..hanya doa kami buat kalian..

ceritaku.. :)

assalamualaikum, salam buat dunia blog.. :) nama diberi NURUL HIDAYAH BINTI ROHADI . berasal dari pantai timur Malaysia Kelantan Darul Naim. berumur  21 tahun (muda lagi) .. tahun 2 jurusan geografi dari UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. ank ke 3 dari 5 orang beradik. kalau nak kira aku ni dah sangat la beruntung.. sebab beradik ku ni dah cukup lengkap..alhamdulillah.. aku mempunyai seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki, dan seorang adik perempuan. tinggi 167 cm.. berat pulak hanya orang tertentu je tahu..haha.(special) ..status semasa masih lagi single, pun alhamdulillah..Allah x bagi tahu lagi siapa..
cita2 tu dari kecil sampai la ke besar, banyak dah yang di "cita-cita" kan tu...mula cikgu, polis, doktor(mimpi) akautan, dah x ingat lah.. tapi sekarang lebih berminat kearah geografi. tapi aku tahu dalam diri aku ni dah terbahagi 2.. sama ada geografi atau pun  perniagaan. geografi jurusan sekarang tapi perniagaan tu minat dari dulu lagi. ~ rentetan tu lah pernah terdetik satu ketika dulu untuk menjadi usahawan.. dah jadi pun sebenarnya, selepas peperiksaan STPM dulu, aku dah mula berniaga.. tu pun atas usaha aku sendiri.. dengan kepakaran yang ada ( buat kek) , aku berjaya memperoleh pendapatan sendiri. that y aku jiwa aku lebih ke arah perniagaan..and about love: siapa pun pernah jatuh cinta. pernah di kecewakan. tapi tanpa cinta manusia kita masih ada cinta ILAHI.  :) ..mengenai perangai, nk kata jahat tu tidak la jahat sangat, tapi nk kata baik pun xde la baik, alim sangat.. tetapi masih dalam usaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sesape yang sentiasa ada dengan aku akan tahu baik buruknya perangai aku..sedikit sebanyak juga tentang diri ini ialah, aku takut dengan lipas but i am a animals lover. sangat sukakan binatang. then i am a good listener..sesape yang rasa nk kongsi masalah tu klau x malu bleh la cari aku. as long as u trust me, i'll stay with u.. :) lagi satu maslah aku ni suka sangat la berangan. tapi kadang2 angan2 aku tu jadi kenyataan.. dah terbukti pun ha..haha.. tu je lakot sedikit sebanyak tntg aku..