love

Sunday 2 February 2014

assalamualaikum jodoh..apa khabar kamu?

Hampir setiap hari soal jodoh menjadi tanda tanya dalam hari-hari kita..sungguh kita tidak sabar nak menanti kehadiran dia dalam hidup kita kan..untuk bersama dia dalam hari-hari kita yang mendatang..itu naluri yang Allah cipta bersama bila Dia mencipta kita..naluri untuk berkasih sayang kerana itu membahagiakan..jika seorang hamba Allah masih belum bertemu dengan jodohnya, jangan ditanya kenapa, kerana itu semua kerja Tuhan.. cepat atau lambat itu sudah menjadi ketentuan..wahai jodohku, apa khabar kamu? moga kamu sentiasa dalam rahmat Allah SWT. moga sentiasa dalam lindunganNya..setiap hari aku menanti dirimu..dalam setiap doa-doaku selepas sujud kepada Tuhanku, juga Tuhanmu..jodohku, andai sekarang aku bisa tahu siapa dirimu, andai sekarang aku bisa tahu di manakah kamu..pasti hati ini akan gembira..namun, duhai gerangan jodohku, Allah pisahkan kita dengan jarak ruang dan masa..untuk melatih hati agar bisa yakin dengan segala ketentuanNya..kerana setiap manusia atau makhluk ciptaanNya dicipta berpasang pasangan..sabarlah jodohku, akan bertemu juga kita suatu hari nanti dalam ikatan yang sah dan halal..namun jika bukan jodoh kita di dunia ini, yakinkan lah hati kamu yang kita akan bertemu jua di syurga Allah.. mungkin kamu juga akan bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu denganku..sama-samalah kita persiapkan diri, teguhkan hati, perbaiki diri agar menjadi hamba yang taat akan perintahNya..moga nanti kamu mampu menjadi tunggak dalam keluarga, menjadi ketua bagi keluarga, menjadi imam bagiku, menjadi ayah bagi anak-anakku..dan mampu membawa keluarga kita menuju syurga yang abadi. insyaAllah..persiapkan dirimu dengan segala keperluan, taatkan dirimu pada Tuhanmu, juga kedua ibu bapamu..tidak mengharap kamu seperti Nabi Muhammad SAW kerana diri aku juga bukan seperti Siti Khadijah ra. namun sekurang-kurangnya kita mencuba mengikuti baginda untuk kehidupan yang lebih baik..harus kita ingat juga bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya.. memang kadang kala kita tidak baik..tapi harus kan jadi baik? pasti jodoh aku itu hensem kan,,heyy haruslah hensem kerana setiap ciptaan itu sebaik-baik ciptaan.. :) aku juga dalam usaha untuk mempersiapkan diri ke arah itu..untuk membaiki segala kekurangan, juga sedang merangkak untuk menuju Tuhan.. moga kita sentiasa sabar dalam ujianNya. jika nanti kita sudah bersedia, Tuhan akan temukan kita dalam apa jua keadaan, tidak terlalu cepat juga tidak terlewat walaupun sesaat..Allah, sayangnya Dia kat kita..insyaAllah..aku mencintai kamu kerana agama yang ada dalam dirimu..jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cinta aku kepada kamu..and if you remind me to remember ALLAH, then you are the best of companions..:) assalamualaikum..

#yang sentiasa merindui kamu dalam sujudku..

Thursday 23 January 2014

24 Januari 2014

sudah tiba masa untuk aku mula memikirkan perihal diri aku sendiri.. kadang kepentingan perasaan dan hati diri sendiri perlu dijaga..matlamat dan tujuan aku hidup bukan hanya untuk menunggu dan berserah pada takdir.. andai umurku dipanjangkan lagi..insyaAllah perubahan itu perlu bila usia semakin bertambah dari hari ke hari.. andai ini catatan terakhir, jadikan ia kenangan buat sesiapa yang mengenali diri ini.. berpura-pura kuat, fake smile yang di ukir kadang kala meletihkan.. 26/1/2014 tarikh penentu.. moga segala benda dipermudahkan... Allah , sungguh diri ini takut.. takut andai kali ini benar-benar tanda panggilanmu semakin dekat.. andai ini saat terakhir, mohon segala berakhir dengan baik, segala berakhir dimana tidak akan terkesan sedikit pun..kuatkan mereka, orang-orang yang aku sayang.. mereka yang sentiasa di hatiku ini ya ALLAH..sungguh aku tetap bersyukur dengan umur pinjamanMu ini ya Tuhan..maafkan andai ada salah dan silap..menjadi kekuatan, menjadi alasan untuk seseorang kembali senyum adalah satu perkara yang kadang kala turut memberi kekuatan pada aku..:) alhamdulillah..insyaALLAH, andai Tuhan masih memberi peluang untuk bernafas lagi..akan ku coretkan kembali nukilan dan celotehan aku ni.. doakan aku... 

P/s mintak-mintak Doktor bertugas hari tu yang hensem punya ehh.. heheh.. ^_^ V peace..!!!

Thursday 16 January 2014

Andai Dia Hanya Satu Persinggahan..



assalamualaikum.. lagi coretan tentang kisah hati yang tidak pernah ada akhirnya.. :)  andai dia hanya satu persinggahan dalam aku menyusuri jalan hidup..aku harus tetap bisa bersyukur..aku juga harus bisa rela melepaskan andai satu saat perpisaan itu menjadi pilihan. setiap pertemuan dan perkenalan itu adalah ketentuan. dan perpisahan juga adalah ketetapan. setiap pertemuan itu akan adanya perpisahan. dan setiap perpisahan itu juga akan ada pertemuan yang baru. melupakan orang pernah memberi kenangan dalam hidup kita memang payah. tetapi jika itu yang terbaik.. relakan ..bila ku buka mata, rasa tak berdaya, sejak hati terluka ..mampukah ku menunggu bayangan dirimu..atau biarkan berlalu..hapus semua lelahku..harus mencuba untuk bangkit, meski diri pernah rebah lalu parah..memang kita perlu dia sebagai pendamping untuk indahkan siang, bahagiakan malam.. namun rasa itu harus kita simpan hanya buat dia yang halal dalam mencari redha Allah. jika mereka yang bercinta , itu hanyalah rasa bahagia yang mereka ciptakan tanpa redhanya Allah. jika sakit hati bilamana perpisahan terjadi, itu juga adalah sakit yang mereka ciptakan ditambah dengan murkanya Allah..namun manusia dicipta dengan naluri perasaan untuk berkasih sayang. jadi ketika detik dan saat ini harus kita kuat. bagaimana dengan menterjemahkan perasaan sayang itu melalui jalan yang betul. siapa pun kita akan sentiasa gelisah bilamana separuh lagi hati belum ditemui. sungguh saat ini, gelisah itu yang aku rasa. perasaan yang hadir sekarang mungkin bukan jaminan.. Allah, aku serahkan sepenuhnya hatiku ini padaMu ..temukan aku dengan pemilik hati ini, yang mahu berkongsi rasa yang sama itu,yang mampu menerima apa adanya aku saat aku bukan siapa-siapa, saat aku tidak ada apa, hanya aku..bukan mudah kepercayaan ku hulur..namun sentiasa kepercayaan itu musnah bilamana  rasa yang sama, tidak lagi bersama..bila rasa yang sama itu akhirnya hanya seorang sahaja yang merasa.. meski engkau sedari diri ini masih ingin terus ditemani, mengapa engkau pergi, di saat aku masih lagi, perlu engkau disini.. dunia ini luas bagi PEMAAF, dan dunia ini sempit bagi yang sukar memaafkan,, mampu memaafkan membuat hati menjadi lebih tenang..cukup setakat ini dahulu coretan hati menyusuri hening malam sebelum mata tertutup untuk bermimpi, kerana mimpi di malam hari itu kadang-kadang lebih indah dari kehidupan realiti di siang hari ..assalamualaikum.. :)

Tuesday 7 January 2014

BILA KITA DI UJI

assalamualaikum.awak-awak semua..kita manusia, makhluk ciptaan sang pencipta. hari ini aku diuji. diuji dengan ujian yang hanya secebis tetapi aku rasa down sangat. sebagai student, bila diuji di dewan peperiksaan tu benda biasa. tapi benda ni aku tak pernah lalui pun sebelum ni, sebab tu aku rasa down gila. Allah. tadi paper asas ekologi. sir Ben Jany a k a encik Yaacob. macam biasa, persediaan tu dibuat.. semua di hafal dan difahami sebelum masuk berperang dalam dewan. tapi tadi benda ni jadi kat aku. bila tengok je soalan, aku dah tahu yang aku akan fail. sampaikan roomate aku pun perasaan muka aku dah lain masa duduk kt meja tu. nampak sangat ehh? memang aku rasa nak nangis je, nak lari keluar balik bilik pun ada haa. tapi nak buat macam mana. memang benda tu takleh nak elak. bukan nak mengadu ke apa.. aku nak confess kan benda ni kat dalam ni je. ya sepatut nya aku cari Tuhan. bukan apa, doa, tawakkal tu sudah.. saja nak sejukkan balik hati ni. kalau aku luah kat kawan nantikan naye.. kesian diorang pun ada masalah jugak. tidak ada masa nak dengar aku punya problem ni. buat kawan-kawan aku tadi yang aku ada terkasar masa korang tanya tadi..aku minta maaf banyak-banyak. memang benda tu aku takleh nak kawal. bila perassan marah + sedih menguasai.  bibir hanya mengukir senyuman palsu. hati kat dalam tu Tuhan je yang tahu. mesti semua kawan-kawan aku pelik kan. mana aku pernah marah pun sebelum ni. ni la orang kata.. orang yang banyak cakap susah nak marah.. tapi kalau dah angin dia datang memang tak terkutik la orang lain.. sebelum balik tadi roomate aaku ada call. tanya kat mana.. sampai je bilik dia tanya aku ok ke. aku tanya balik, kenaapa? dia jawab masa dia call suara aku macam orang tengah marah. see , benda yang kita simpan kat hati pun kalau dah takleh tahan, terkesan jugak kat luar tu..ALLAH.. call mak?? memang tak lah. kalau tadi aku call mak time panas-panas memang nangis tak berlagu lah..ingat senang aku nak nangis..sekali nangis hmmm malas nak cakap. aku tahu, segala benda ni Allah nak uji.. mungkin sebelum ni aku ada buat salah kat sape-sape ke.. mana kita tahu kan.. biarlah, benda dah lepas. mintak-mintak lah, markah yang bercurah-curah turun dari tangan sir Ben Jany ke kertas jawapan aku tu , walaupun mustahil. :) head up, fake smile, move on..3 paper to go..buat yang thorrrbaik..insyaAllah. .. hati dah manyak sejuk, sudah manyak senang, kita g mandi..salam maghrib..assalamualaikum..:)

Sunday 5 January 2014

YOU NEVER WALK ALONE..#YNWA

assalamualaikum..hai awak, kamu, dan kita-kita..alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi Allah yang indah ini. malam ni idea nak berceloteh tu ada dah. bukan apa, study tu kita stop sekejap sebab otak aku ni dah tepu..feeling crazy2 gitu...wah macam study hard jer..hmmm macam..adakah otak hidayah ni lebih kecil dari matanya?  :3 hehe..kalau burung unta tu memang lah sebab otak burung unta lebih kecil dari mata nya.. dah sambung.. tajuk entry aku malam ini adalah hmmm baca lah kat atas tu.. yes, you never walk alone..kalau tengok tajuk tu jangan kata aku ni peminat liverpool fc pulak yer..ehh jangan..kalau jersey tu minat lah..eheee..  kerana apa? kerana kamu adalah anugerah. kamu adalah hadiah.. kamu adalah kiriman dari  Tuhan. sungguh aku menyayangi kamu.. and your name s always in my 'doa'.. maafkan aku kerana mungkin tidak mampu menjadi seorang sahabat buatmu, tapi percayalah kawan. perasaan ini, rasa ini, saat dan ketika ini, hanya ini yang aku mampu. sahabat, insan yang hadir saat diri ini jatuh, saat diri ini keseorangan, saat diri ini kesunyian, saat diri ini penuh terpalit dengan dosa dan saat diri ini jauh dari Tuhan sang pencipta. kini alhamdulillah, aku mampu berdiri dengan senyuman yang boleh dikira manis..ehh..hehe.. hanya kerana sahabat. Allah. KAU hadirkan insan- insan ini menjadikan aku seorang yang kuat saat ini. aku juga pernah kecewa. kecewa kerana seorang sahabat. benarlah kata orang, beribu kawan belum tentu boleh menjadi seorang sahabat. dalam bersahabat, sama ada dari jantina yang sama atau berlainan. boleh menimbulkan beribu cerita yang akan terpahat sebagai kenangan dalam layar hidup seorang yang bernama NURUL HIDAYAH ROHADI..sahabat yang sama jantinanya ada ceritanya. dengan pelbagai ragam, cerita, gosip-gosip mak jemah uolls.. sampaikan aku yang dahulunya seorang pendiam yang pemalu (gitu) bertukar watak menjadi seorang periang, yang gila-gila orang kata.,tapi tak tahu la pulak sampai mana tahap kegilaan tu.. ingat-ingat lah, masa zaman sekolah rendah dulu , ya Allah nak bercakap pun macam ada emas permata dalam mulut. (pendiam la kata konn). lain sungguh dengan watak aku yang sekarang ni.. haihh. nak kata periang, tidak lah jugak, tapi bila dengan aku, aku akan berusaha ceriakan suasana tuh.. stress doh sunyi je..dan satu lagi perangai aku, aku pantang tengok orang yang pendiam, pemalu, silly milly tuh..mak aihh perasaaan geram tu ummph, xleh nak cakap. tak tahu lah kena sampuk apa..guess what, sekarang aku sedang tersenyum teringatkan 2 orang classmate masa  form 6 dulu, syimah dengan nadirah.. hehe..punya la senyap tak terkata sampaikan ada yang buat lawak pun boleh diaorang tak gelak.. ee takde perasaan ke apa..sampai kena denda dengan cikgu pun boleh buat muka relex badak ..aku? umm takyah cakap lah..memang cikgu kenal..kalau tak kena pelakun dengan cikgu ekonomi hari-hari memang tak sah..cari salah aku je cikgu tu..tapi bukan nak bangga lah, hehe.. i dapat A uolss subjek ekonomi. berkat kena pelakun hari-hari. how much i miss the moment..lain pulak kalau bersahabat dengan yang berlainan jantina ni. maksud aku antara lelaki dengan perempuan ni lah. orang cakap lelaki dengan perempuan ni takleh bersahabat baik. lama- lama akan timbul satu perasaan tu. perasaan suka ..kalau tak pihak lelaki, belah perempuan.. pernah bersahabat baik dengan lelaki dulu.. ehh sekarang ni ramai kot kawan lelaki aku kat UKM ni. tapi maksud aku yang rapat, yang hari-hari dengan kita, yang cerita segala benda kat kita. yes aku tetap akan ingat sahabat aku yang sorang tu.. tapi sekarang dah ada kehidupan masing-masing kan..really missed u dude...tipu lah dalam bersahabat dengan dia tu tak pernah ada perasaan sayang. hmm tapi aku taknak kaitkan apa-apa. kami tetap bersahabat....sekarang pun tengah bersahabat dengan sorang boboy ni kan..dah tahu dah sape..haha..alahai..thanks sebab dah teman kita hari-hari..how much i like u..:-*  opps..sorry, dah ter"like" dah..tengok, dia dah text dah,..wechat dia dah sampai dah..:)..untuk boboy tu " bila awak dah ada kehidupan awak nanti, jangan lupa saya tahu,, nanti saya sedih.. jangan la tinggal saya macam org tu buat saya " *lap mata*.. aku takut, bila aku kenal dengan seseorang tu, akan ada saat kita akan terpisah, tapi berpisah hari ini, akan bertemu nanti di dalam syurga ALLAH.. insyaAllah..buat sahabat yang sentiasa ada, "you never walk alone" aku akan sentiasa ada dengan kamu..uhibbuki fillah..insyaALLAH...aku tak mintak korang balas apa yang aku dah buat tu..cukup kenang  aku dalam doa kalian. sungguh aku cinta kalian kerana Pencipta..tapi kan dalam ramai-ramai sahabat yang aku ada atas muka bumi ni, aku tetap menanti "sahabat" yang akan aku habiskan masa tua aku dengan dia.ee gatai..*senyum sipu-sipu. siapa dia? yang tu aku tak tahu.. walau di mana pun dia sekarang, aku doakan "sahabat" aku tu sentiasa dilindungi Allah. Moga di jaga hatinya, dijaga imannya..
assalamualaikum..:)

#dari sahabat yang ingin memimpin tanganmu hingga ke syurga Allah.

Friday 3 January 2014

happy moment 2013.. when i was 21 year old.. Glory Glory...

assalamualaikum...tak nak cakp banyak...sebab dah nak masuk 22 tahun dah aku  dk cakap je
hari2..sengal ke apa aku ni..salah mkn ubat ke..ke frust ni?? hahah.. frust?? errr sikit... tapi aku bukan nk cita kefrustanan aku tuh..cuma nak share moment2 sepanjang hayat hidup tahun 2013.. my beloved parents,, family, friends, and others..













terima kasih dan alhamdulillah..Allah telah menghadirkan insan2 yang sangat indah dalam hidup aku walau pun kadang2 kehadiran mereka memberi suka dan duka.. always be by my side when the others came and goes easily..aku bersyukur dapat kenal dengan insan2 yang hebat ini..:)  i'll always love all of u.. assalamualaikum