love

Monday 11 November 2013

ALLAH...i am waiting for the call..!!!

" Labbaykallahu malabbayk..labbaykala syarikala kala bayk..innal hamda wani' mata laka wal mulk, la syarikala kalabbayk"
miley away..ocean apart..never in my sight, but always in my heart..the love always there, its will never die.i thinking of the time..when the day will come..standing there before You accept this hajj of mine..standing in ihram..making my tawaf..drinking blessing from Your well..the chellenge of safa and marwah rekindles my iman..oohh ALLAH i am waiting for the call.i praying of the day ..when i can be near the Ka'ba wall.i fell alive and i fell strong..i can fell islam running through my veins..to see my muslim brothers their purpose all the same ..i truly hope one day, every one can get the chance..of being called to Your Noble House..~ irfan makki..

itu impian, itu harapan..juga merupakan rukun islam ke 5 bagi seorang muslim..setiap seorang muslim sudah terselit dalam hati nurani nya untuk menjadi tetamu RUMAH ALLAH iaitu BAITULLAH ..berpijak dibumi anbiya'..bumi dimana sebilangan besar para Nabi dan para sahabat desemadikan..bumi barakah dan penuh sejarah..alhamdulillah bagi sesiapa yang pernah sampai ke bumi Mekah..insyaALLAH agi yang belum sampai lagi..:). panggilan dari Allah...dalam hidup kita, kita hanya mendapat 3 panggilan sahaja...panggilan pertama ialah panggilan untuk kita menunaikan solat..setiap hari, setiap 5 waktu.. subuh,zuhur, asar, maghrib dan isyak.. tanya diri kita, sama ada panggilan yang pertama ni telah kita sempurnakan ataupun tidak..jika panggilan yan pertama itu (solat) pun kita masih belum sempurna..bagaimana mungkin kita nak menyahut panggilan Allah yang seterusnya...sembah sujud kepada TUHAN YANG MAHA ESA wajib bagi kita sebagai hambaNya..mengapa kita begitu sombong dengan DIA yang telah mencipta kita..sedangkan banyak nikmat yang telah ALLAH berikan kepada kita..bersyukurlah sayang..dan bertaubatlah..Allah sentiasa menunggu dan pintu taubat sentiasa terbuka.. inssyaALLAH.. panggilan ke dua bila mana ALLAH memanggil kita ke Tanah Suci Mekah.. ini merupakan panggilan ke 2 bagi kita..panggilan ini wajib bagi yang mampu, tidak wajib bagi yang tidak mampu...mampu dari segi apa?? dari segi kewangan dn dari segi tenaga..sungguh bertuah menjadi tetamu Allah..kerana ganjaran amalan yang kita buat di sana akan berlipat kali ganda .contohnya 1 rakaat solat di sana bersamaan 100000 ganjaran..ALLAHURABBI...:) ..berusahalah sehingga kita mampu menyahut panggilan ALLAH ini..insyaALLAH... dan panggilan ke 3 dari ALLAH Pencipta sekalian alam ialah panggilan sakaratul maut..iaitu panggilan terakhir bagi kita hambaNYA untuk kembali kepada Pencipta..bersediakah kita manusia yang hina ini untuk menghadap Ilahi..setiap yang bernyawa akan menemui mati..janji ALLAH itu pasti kawan..kemana kita selepas ini.?? syurga atau neraka?? itu bergantung kepada amalan kita sayang..lihat kembali amalan seharian kita..cukup kah solat kita?? sempurnakan puasa kita?? rukun islam dan rukun iman bagaimana?? bersediakah kita untuk kembali kepada NYA?? tepuk dada tanya iman.. sakaratul maut ini antara perkara yang amat sakit yang akan ditanggung oleh kita... kenapa?? kerana sakit sakaratul maut ini seperti tusukan 300 pedang (hadis nabi) ... suka atau tidak, kita tetap akan menghadapi mati...cuma yang membezakan kita adalah amalan yang akan dibawa menghadap Ilahi nanti...semoga kita semua akan di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman nanti..di SYURGA ILAHI...insyaALLAH... :)

lihat sahaja bagaimana cerita  tentang kematian seorang hamba ALLAH ini..semoga menjadi panduan dan pedoman bagi kita semua...ambik link kat bawah tu then masuk youtube, dengar lah cerita ustaz tu,,insyaALLAH ..airmata kita akan menitis..:)
http://www.youtube.com/watch?v=2tjytg2ZbOM


# dari sahabatmu yang ingin bersama mu hingga syurga...assalamualaikum..:)

Friday 8 November 2013

bila dia menyapa..jodohkah namanya..?


cinta??? itu fitrah...ya,bila umur semakin meningkat...perasaan itu semakin menghampiri... kenapa?? sebab perasaan itu Allah yang cipta...cinta itu indah.dan ianya akan indah bila tiba masa nya nanti..dan juga semestinya lah cinta itu harus di bawa ke jalan yang diredhai..bagaimana? dengan berkahwin....:) baru lah ianya nya digelar CINTA HIGHCLASS..Allah cipta manusia cukup lengkap dengan akal, nafsu, perasaan yang semestinya ianya merupakan sebuah ciptaan yang agung dan terindah..dalam hidup, kita akan bertemu dengan insan-insan yang merupakan sebahagian watak dalam hidup kita..dan pertemuan ini akan menjadi titik tolak , sama ada seseorang itu akan tetap bersama kita hingga syurga Allah atau pun hadirnya dia hanya untuk sementara sahaja iaitu untuk memberi pengajaran dan mengajar kita bagaimana  menghargai. .memang fitrah manusia  ingin didampingi dan mendampingi ..disayangi dan dicintai...dalam hidup kita juga akan bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan yang betul..memetik daripada kata2 ustazah fatimah syarha..."jika kita mengenali seseorang atau bercinta dengan seseorang 20 tahun sekalipun, kita belum tentu akan mengenali nya, yang kita kenal hanya lah lakonannya semata-mata.."  ..jatuh cinta itu tidak salah..tetapi sampaikan lah cinta kamu itu mengikut jalan yang betul...ambil lah jalan yang di redhai Allah yang telah disampaikan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW , iaitu dengan berkahwin...alangkah indahnya bila semuanya halal.. :) kerana setiap perbuatan selepas berkahwin akan mendapat ganjaran pahala yang sangat besar di sisi ALLAH SWT kerana perkahwinan itu sendiri merupakan satu ibadah...namun besar tanggungjawabnya...sebelum memasuki alam rumahtangga pula, kita mestilah bersiap sedia dengan segala ilmu rumahtangga agar rumahtangga kita nanti aman dan damai..tu lah sedikit sebanyak entry nya ya...kisah aku??  nak aku cerita la tu..haha...cerita aku rasa nya xda la nak menarik sangat... tipulah kalau aku cakap aku tak pernah jatuh cinta kan...yes, memang sebelum ni aku pernah bercinta...namun hanya separuh jalan sahaja...semuanya fail...x pernah tak fail...haha.. mula jatuh cinta masa form 4...masa tu boleh dikatakan cinta monyet pun boleh la kan...sebab cinta budak sekolah...masa tu hingus pun mak sapu lagi oii...sampai la upper 6 bercinta pulak dengan classmate...boleh pulak macam tu..yang upper 6 ni aku dah kena dia masa sekolah rendah lagi...tak tahu lah macam mana terbabas boleh g jatuh cinta pulak dengan dia....lepas clash dengan dia...sampai la sekarang, I'M SINGLE..and i like it...feel free whatever i wanna do.. .................. tapi
  dalam single pun tipulah aku tak minat kat sesiapa kan...minat tak semestinya kami bercinta ok...cam ni lah...aku simbol kan sebagai Mr F....bukan Mr Arrogant ok..haha...sampai sekarang kita orang "berkawan" ..dalam berkawan tu tipulah tak wujud perasaan tu...tapi aku tak nak menaruh sebarang harapan...nak buat macam mana, dia dengan aku jauh sangat perbezaan nya...dia ada rupa, tapi aku, ? not pretty good...juat a simple person... bagi aku lah...aku tak cari rupawan, aku tak cari hartawan, tapi aku cari yang sepadan...orang kata nak cari suami tengok pada agamanya kan??? tetapi bagi aku , nak dapatkan ustaz, orang yang kuat agamanya, aku kena tengok balik diri aku...padan ke dengan golongan tu...bagi aku, biar lah seseorang itu lemah agamanya, TETAPI sanggup bersama-sama aku belajar agama tu..susah senang bersama..sebab aku pun sedang merangkak untuk belajar ilmu agama ni...dah tekad dalam hati aku, biarlah tidak bercinta sekarang...asalkan cinta yang akan datang iaitu cinta selepas nikah kekal sehingga akhir hayat malah sehingga ke syurga ALLAH... memang kita tidak tahu siapa jodoh kita, tapi tak salah andai nama dia yang selalu menjadi isi dalam setiap doa kita setiap hari...Mr.F ..ur name is always in my '' Doa ''... dan aku juga harap sangat yang Mr.F ni yang akan memimpin tangan aku hingga syurga ALLAH nanti...boleh ke macam tu??? ni makna nya aku nak dia jadi suami aku la oiii... hehe...malu la pulak...kalau lah dia tahu kan, mahu nya merah padam muka aku..... suka seseorang dalam diam ni memang seksa..kadang- kadang tu sampai keluar air mata...yes, aku akui itu...tapi biarlah perasaan itu kita simpan, hanya ALLAH sahaja yang tahu...hanya kita dengan ALLAH sahaja...:) ..biar seperti saidina ALI dengan saidatina Fatimah yang saling mencintai dalam diam, tetapi akhirnya ALLAH temukan dalam sebuah ikatan suci yang di gelar perkahwinan... hanya DOA yang menjadi penghubung...ALLAHURABBI.. * macam nak nangis.. and for Mr.F ...hope u'll be happy whatever u did, wherever u go...mengenali mu satu anugerah...sungguh indah...terima kasih.. :)  dan bila satu hari nanti, kalau ALLAH izinkan :

and i will say "YES" for sure...haha...i'm crazy rite??? ..insyaALLAH...jodoh pasti bertemu...hope so..



tapi andai kita tiada jodoh...anggap lah ini adalah ujian dari ALLAH...telah aku serahkan sepenuhnya hati aku ni kepada ALLAH..sudah malas memikirkan tentang cinta yang tak menjanjikan apa-apa hanya derita..mungkin pengalaman yang lepas yang banyak mengajar apa itu keikhlasan,,apa itu erti menghargai...dan kalau betul lah jodoh aku dengan Mr F ni ada...aku akan upload gambar Mr F tu nanti...bila??? lepas kawen...haha..lol...setakat ini sahaja lah kot yang aku dapat kongsi...


harap sangat perasaan ini adalah rasa cinta yang terakhirdan  akan kekal sampai tua..macam pak cik ni...
 apabila kita mencintai seseorang kerana hartanya, cinta itu akan hilang bila hilang hartanya..
jika kita mencintai seseorang itu kerana rupa paras. maka cinta itu akan hilang bila umurnya semakin tua.. tetapi
 jika kita mencintai seseorang itu kerana ALLAH, insyaALLAH ianya akan kekal hingga syurga PENCIPTA.. assalamualaikum.. :)

Wednesday 6 November 2013

Kem Interaksi Junior suksis UKM ...

assalamualaikum...mood a.k.a mahmood nak "update" blog ni baru je ada lepas minum milo campur white coffee tadi...sebab apa..sebab tak tahu nak buat apa ...sebab duduk sorang2 dalam bilik ni..sebab roomate kita pergi kem PASUKAN GERAKAN AM ( PGA) ..dan sebab letih baru balik dari Cameron Highland ..sebab nya fieldwork subjek geomorfologi tropika..berapa banyak sebab daaa...haha..
      ok la, tajuk atas tu "kem interaksi junior suksis ukm" kan..gini la ceritanya...minggu lepas aku baru je balik dari kuala woh, Perak...sebelum tu aku cita sikit la ya...SUKSIS ? SUKARELAWAN SISWA SISWI ni salah satu badan beruniform kat UKM ni.a.k,a polis sebab nya badan beruniform ni dibawah PDRM...mana2 IPTA kat Malaysia ni pun ada badan beruniform ni..asal nya bulan september hari tu kami orang dapat junior baru..so untuk mengerakkan silaturrahim antara pelatih dengan jurulatih, kami orang yang senior2 ni buat la kem interaksi..mula nya aku x terpilih pun untuk jadi pemudah cara (pc) ni sebabya kuota dah penuh..tapi tetiba kawan aku (suzy) tak boleh pergi sebab nya ada exam...so aku la ganti tempat dia...kami kat sana 3 hari 2 malam...macam2 la program yang kita orang buat untuk adik2 junior ni...gelak tawa bersama dan yang paling penting telah terciptanya satu kenangan kami bersama ..ukhuwah kekeluargaan kami juga semakin erat...aku pun dengan senior aku makin erat kot hubungan tu.. yang sebelum ni x pernah nak bertegur sapa kalau jumpa...walaupun satu aras dan selalu jumpa kat bilik air time nak mandi...hehe...seriously, aku rindu saat itu..* lap hidung berair... flu la wehh..bukan nangis..haha..apalah...ok sambung...lepas tu kan...lepas tu apa ek...haaa macam2 la budak2 tu kena dengan kami orang...ada yang kena makan bawang, lada etc...kesian pun ada jugak...tapi tu la kot yang akan buat dia orang ingat kami2 ni...
  selain tu juga.. aku dengan teman2 lain semakin la rapat ..sebab semua benda kami buat sama2...habiskan masa sama2...gosip u...sebab kalau time kuliah mana sempat nak sembang2 , borak2 sesama..*bajet study hard pulak..hmm apa lagi ya nak cita...yang cita pasal han** tu xyah la..sebab sekarang aku sorang2 kat bilik ni haa..* pandang tingkap..hehe....lagi dan lagi kat sini jugak la aku dah.................. apa? bukan jatuh cinta la..aku dah tahu lagu "what the fox does say" ...what the fish..haha...mula2 aku ingat apa benda lah lagu ni...sampai lah satu saat pudin (pon kawan aku) bagi aku dengat lagu ni...apa lagi aku gelak samapi kluar air mata...mana tak nya dengan gaya dia menari tuh tambah pulak si ijat g join sekaki...wah...joget sakan la dia orang..* aku x ok...haha...n kat kat bawah ni aku setakan lah sedikit sebanyak gambar2 aku dalam Suksis ni...seriously..memang awesome babe...dalam ni aku di ajar pegang pistol masa kem menembak..yes..revolver 3.8 dan M16 GUN...apa lagi, bila pegang benda2 ni apa lagi dalam kepala dah macam2 bermain..dengan perasaan tu bercampur baur...rasa macam nak g perang pun ada..*cehh bajet..haha.. baru je pegang..x tembak pun lagi...apalah..dan bila dah tembak tu rasa wahhhh...x tahu nak cakap..dengan telinga dah tak dengar apa2..sebab bunyi dia superb kuat nak mati..tangan dah terketar-ketar..haa ambik kau...tu gambar kat sebelah, time kem menembak tahun lepas..ni la selalu kawan2 aku cakap..muka brutal tapi kalu dah nama nya perempuan akan ada jugak la perasaan takut tu..and tell u what...result aku xde la teruk sangat..hehe..jap aku tunjuk..gambar bawah tu result aku.. *senyum je


tu je lah kot setakat yang aku boleh kongsi..mata pun dah mengantuk, sebab sekarang ni time waktu tido..bukan macam kat barat yang sekarang ni time lunch..hmm dah melalut dah...ok lah have a nice day ..and have a nice life to u.. :) from




                                                KS 45151 NURUL HIDAYAH ROHADI 
                       IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN (GEOGRAFI) 
                                         UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA