love

Monday 21 October 2013

aku ingin berubah....

ya aku ingin berubah... siapa aku dahulu..??? siapa aku di masa silamku..?? adakah aku seorang yang mematuhi segala arahan TUHANKU..?? tidak.. adakah aku seorang yang menutup auratku?? tidak... adakah aku seorang yang menjaga solatku..?? tidak... ALLAHURABBI.. betapa hinanya diri ini... sungguh aku malu kepadaMU TUHANKU.. kemana akan ku pergi selepas kematianku... sungguh aku tidak sanggup ke nerakaMU ya ALLAH.. aku juga sungguh tidak layak ke syurgaMU... rukun iman, rukun islam sungguh dulu aku tinggalkan.. aku lalai dengan dunia.. akhirat hampir aku tinggalkan...sedangkan umurku semakin bertambah...namun sampai bila aku harus begini..bergelut dengan maksiat dunia.. mana harapan kedua ibu bapaku..? siapa yang ibu bapaku harapkan untuk mendoakan mereka bila mereka sudah tiada..ya itu aku yang dahulu... betapa indahnya kawan, janji ALLAH kepada hambanya yang mengabdikan diri untukNya ... yang mengejar akhirat berbanding dunia.. yang mengikut segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA.. aku seorang perempuan, yang mempunyai ibu bapa yang menyayangi..ya tapi apa balasanku untuk mereka...mereka mengharapkan anak soleh namun tingkah laku ku bagai mengkhianati mereka..kenapa?? ya kerana solat tidak ku jaga, auratku entah kemana..sudah semestinya segala dosaku juga turut mereka menerima tempiasnya.. kerana aku belum berkahwin... tapi sampai bila mereka harus menanggung segala dosaku ini...aku mengaku sayangkan mereka tapi apa balasanku...jika perangai dan tingkah laku aku masih seperti ini, bagaimana nanti jika aku berkahwin..adakah suami ku pula yang akan menanggung segala dosa aku sedangkan aku mengaku yang aku sayangkan dia..

berubah...ya...alhamdulillah..doa di panjatkan kepada Maha Pencipta ..moga diberi hidayah untuk berubah kembali ke jalan ILAHI...perbetulkan hati mu dan niatmu...tiada kata "sudah terlambat" untuk berubah...ALLAH itu maha pengasih dan maha penyayang... adakah kita hanya ingin ISLAM hanya pada nama..sedangkan tingkah laku bagaikan syaitan dari neraka... sehina-hina syaitan, dia masih bersujud kepada ALLAH.. syaitan hanya sombong tidak ingin bersujud kepada nabi Adam..tapi adakah kita meletakkan diri kita lebih hina dari syaitan...Allah............................


kawan, itulah diriku yang dahulu...kalau nak cerita diri aku yang dulu, memang tak lah...kadang kala malu pun ada bila ingat balik perangai lama ni...tu aku kata yang aku ni bukan baik sangat...tapi alhamdulillah... diberi hidayah untuk berubah..tapi kadangkala terbabas juga..kerana kita manusia ni lemah..mudah tergoda dengan godaan dunia...perlukan bimbingan dan semngat untuk terus istiqamah.. dengan itu, berkawan lah dengan mereka yang selalu dekatkan diri dengan Tuhan..ALLAH ALLAH ALLAH.. bila kita niatkan pada hati untuk berubah, insyaALLAH, ALLAH akan hantarkan orang2 yang baik untuk membimbing kita... berusahalah kawan...ubah lah diri kita ke arah kebaikan, kerana kita tak selamanya hidup di dunia ini..akan mati juga satu hari nanti...dan apa bekalan amalan yang akan kita bawa.?? tepuk dada tanya iman, tanya hati kita...

....................ya kawan, aku tahu, jauh di sudut hatimu ada secalit naluri untuk berubah, untuk menjadi seorang yang baik, untuk menjadi hamba yang setia kepada pencipta...tak kiralah kita ni model ke, pegawai bank ke, artis ke, penarik beca ke, muda, atau pun tua, kaya ataupun miskin, tetap perlu mentaati perintah Allah kan..maka panjatkan lah doa kepada Tuhanmu... jadi aku akan bagi beberapa tip untuk kita sama2 amalkan...kawan..aku x ingin ke syurga sendiri...biarlah kita berpimpin tangan menuju syurga ILAHI... ALLAHURABBI...indahnya..


ok, antara tip nya ialah.. :)  :
1- niatkan hati kita..betulkan niat untuk berubah kerana Allah taala..
2- betulkan amalan kita..contohnya solat..sebab solat tiang agama..solat juga adalah amalan pertama yang akan di tanya oleh Allah di padang masyar nanti..cuba untuk tidak tinggal solat selama 40 hari..insyaALLAH selepas tu, perasaan kita akan lain.kita akan rasa berat untuk tinggalkan solat kita...dan sertakan dengan amalan2 lain seperti baca alquran..dan zikir2 kepada ALLAH secara beransur-ansur..


kawan, ALLAH tu sentiasa ada dengan kita...kita sedih, gembira walau apa pun keadaan kita, ya dia sentiasa di sisi kita...bermunajat lah kepada DIA..Dia MAHA MENDENGAR..
xkan kita nak menyesal bila kita dah mati...tak ada guna dah...tu je lah kot sedikit sebanyak benda yang aku boleh kongsi..juga pengalaman aku sendiri..nasihat aku, jangan malu untuk berubah..kembalilah kepada Tuhan..Dia menanti kita.. :) insyaALLAH..

#dari sahabat yang ingin memimpin tanganmu bersama ke syurga ALLAH..

Sunday 20 October 2013

impian..harapan..dan masa depan ..part 2..

sambung lagi ya.. :) 

lagi impian aku sterusnya adalah aku nak ada perniagaan sendiri..tu benda yang dah lama aku simpan.. aku dah bagitahu niat hati aku tu kat mak.. tapi mak kata habiskan pengajian tu dulu sebelum berkerja atau berniaga..sekurang-kurangnya kita dah ada ijazah...tu mak kata... tapi kalau boleh sekarang jugak aku nak terjun dalam perniagaan ni... kecil kecilan pun jadilah..tapi benda tu bukannya senang.. kalau acah-acah je baik x payah mak cakap... buang masa, buang duit dan buang tenaga...  hmmm lagi apa lagi ehh ..??? ...............................................................................................................................

satu lagi aku nak nyanyi lagu "perfect two"  kat sorang ni...sape?? pakwe...??? nop...crushh??? maybe... :p   punyalah comel lagu ni...hehe...kalau korang nak dengar, pergi cari "the melody" kat tepi sebelah kanan atas gambar penulis blog gula hati ni...haa dah jumpa dah??? tekan play...layan la lagu tu sampai pengsan...haha... kalau tertunai lah impian aku ni...wah alhamdulillah...nanti aku akan update lagi dan tunjukkan gambar orang tu kat blog aku ni... tu pun kalau berjaya...haha... maybe lambat lagi kot... 3,4 tahun lagi..maybe... :D ..tell u what, yes i thinking about him now...lol... kalau tak tak tertunai jugak, nanti aku nyanyi kat suami aku je lah... hohoho... shy shy shy... ...
 
gambar hiasan

..........lagi dan lagi impian aku ialah, kalau nanti aku dah ada rumah sendri, aku nak buat sangkar haiwan yang besar kt belakang rumah..wahhh :D.. aku nk bela kucing reramai kat dalam tu... sebab sekarang kat rumah mak abah aku tinggal 4 ekor je kucing... sebab apa, manusia mana la yang baik sangat g curi semua kucing2 aku tu...woooiii nak sangat p cari kedai la weiii...pasal apa korang rembat kucing aku tuh... tgh marah ni..haa...yang paling syok nya bela kucing ni, time kita nak bagi dia makan tu...bayangkan ada 10, atau 20 ekor time kita nak bagi makan tu...waaaa .. semua tengah tunggu dengan muka yang comel tu mintak makanan...eeeehhh comeeeeyyy ngaaattt... :p ... tapi silap2 haribulan gaduh dengan suami, aku kurung suami aku dalam sangkar tuh...ahahahaha...kejam siot kau ni dayah... xdalah...suami kurung ja dalam bilik... haha...dushhhhh...berangan ja kerja nya... :) ....


...... so, setakat tu je la kot impian aku buat masa ni, dan setiap impian tu mestilah kita berharap akan tercapai untuk kehidupan masa depan...macam aku cakap, x salah tanam impian dan angan- angan kita sebab tu akan memberi semangat tuk lebih berusaha ... yeaahhhh.... :)

Saturday 19 October 2013

impian, harapan dan masa depan...


boleh dikatakan antara perkara yang sering menerjah kotak fikiranku.. adakah ianya hanya sekadar khayalan semata- mata atau ianya akan terbukti bila tiba masanya nanti.. impian .. sebuah angan-angan yang seiring tumbuh bersamaku setiap hari.. ( aku kan suka berangan) ..impian aku ni banyak.. tapi kadang2 sikap malas yang selalu berkudis dalam diri tu buat impian tu aku rasa makin jauh tuk aku capai..

meh nak cuba list impian2 yang x sudah ni..

1 nak kawen dgn org hensem ( amboiii dia bajet ) ..kawen ja dalam kepala kan...haha.. xda la, at least kawen tu boleh buat aku lagi la semangat nk habiskan pelajaran ni.. hehe.. xda lah, tu semua angan2 je..yang ptg dia terima aku apa adanya.. dah satu keluar ciri2 bakal suami ha..take note la sape2 yang nak try tackle aku tu..#ehh..  lol

2 nak sambung buat master... haaa pulak dah, tadi nak kawin.. dk rasa kalau dah kawen, master ntah ke mana , aku ntah ke mana.. tunggang langgang habis.. tapi nengok org lain kawin ok ja...hmm.. hehe... dan pastinya dalam jurusan geografi.. cam gambar kt sebelah tu, tu dalam lab.. lepas uji sampel tanah.. :/ ( pakai baju cm doktor sebabnya cita2 dulu nak jadi doktor) haha... dah tenggelam laut mana dah cita2 aku tuh... pape pun, jadi penyelidik ni lagi best kot.. semester ni kita orang pergi ke gua musang sebab ada fieldwork subjek geomorfologi tropika.. apalagi, cari kesan2 hakisan, batu bata... main dengan tanah lagi la gamak nya......!!!!


 berangan lebih2 ni sebenarnya assighment aku x siap lagi...kemain dia kan laju ja tulis blog... excited prof, maaf la, orang baru nak ada blog, cenggini la...ok la, nak g bereskan kerja dulu ya..kejap lagi gua datang balik... .................


............................................................. bersambung............... <3 



ehhh sebelum tu, jom tengok beberapa gambar kita orang masa dalam makmal... kadang2 banyak main dalam makmal ni..kerja kejap je pun... sebab apa, sebab semua geng2 kumpulan aku ni jenis kepala atas angin.. makna nya, kadang-kadang tak serius langsung buat kerja..apa-apa pun tengok lah ya...






Thursday 17 October 2013

PENDIDIKAN DAN PENGALAMAN HIDUP SI ANAK ROHADI :)
 mendapat pendidikan awal di Taski. kemudian di sekolah rendah kebangsaan bunut susu..selepas tu aku melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Pasir Mas selama 4 tahun,.. semasa tingkatan 5 kembali bersekolah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu. dan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah Tendong.
(gambar)( geng dalam batu).. currently, sedang melanjutkan pelajaran dalam IJAZAH SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN(GEOGRAFI) di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA..dari darjah 6 hinggalah sampai lah ke alam universiti ni  dah macam2 benda jadi dalam hidup ni.. suka, duka, susah, senang, ketawa, dan air mata.. semua ni bercampur dan menjadi satu adunan yang menjadikan aku yang mampu berdiri hingga ke hari ni.. pengalaman hidup ni nk cakap macam mana ehh, :)  yang paling aku xleh lupa, kat sekolah, kebanyakan cikgu kenal aku ( bajet hot) .. bukan hot sebab pelajaran tapi  sebab selalu buli cikgu.. ehh??? haha.. tapi tu lah perangai aku..yang paling ketara masa form 6..al maklum la sekolah dah nk habis kan.. pernah satu ketika seminggu berturut-turut semua cikgu mogok sehinggakan tiada yang mahu masuk mengajar kita orang..haa sudah.. tu sebab masa tu result kelas kita orang teruk gila..suka main... smua cikgu dk bash n then bandingkan kelas kita orang dengan kelas lain..dammmn..ambik kau...sampai nangis2 cik kelas kami.. adoii...but, final exam kita orang antara best student kt skolah.. aku pun,, walaupun exco pengawas paling malas, dan title "ratu tido dlm kelas" still dapat kat aku, result final exam alhamdulillah..dpt la pointer 3.8+ .. :))) senyum ..hanya ALLAH yang mampu membalas jasa kedua ibu bapa kita, dan buat guru2 yang pernanh mendidik kami, terima kasih cikgu..hanya doa kami buat kalian..

ceritaku.. :)

assalamualaikum, salam buat dunia blog.. :) nama diberi NURUL HIDAYAH BINTI ROHADI . berasal dari pantai timur Malaysia Kelantan Darul Naim. berumur  21 tahun (muda lagi) .. tahun 2 jurusan geografi dari UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA. ank ke 3 dari 5 orang beradik. kalau nak kira aku ni dah sangat la beruntung.. sebab beradik ku ni dah cukup lengkap..alhamdulillah.. aku mempunyai seorang abang, seorang kakak, seorang adik lelaki, dan seorang adik perempuan. tinggi 167 cm.. berat pulak hanya orang tertentu je tahu..haha.(special) ..status semasa masih lagi single, pun alhamdulillah..Allah x bagi tahu lagi siapa..
cita2 tu dari kecil sampai la ke besar, banyak dah yang di "cita-cita" kan tu...mula cikgu, polis, doktor(mimpi) akautan, dah x ingat lah.. tapi sekarang lebih berminat kearah geografi. tapi aku tahu dalam diri aku ni dah terbahagi 2.. sama ada geografi atau pun  perniagaan. geografi jurusan sekarang tapi perniagaan tu minat dari dulu lagi. ~ rentetan tu lah pernah terdetik satu ketika dulu untuk menjadi usahawan.. dah jadi pun sebenarnya, selepas peperiksaan STPM dulu, aku dah mula berniaga.. tu pun atas usaha aku sendiri.. dengan kepakaran yang ada ( buat kek) , aku berjaya memperoleh pendapatan sendiri. that y aku jiwa aku lebih ke arah perniagaan..and about love: siapa pun pernah jatuh cinta. pernah di kecewakan. tapi tanpa cinta manusia kita masih ada cinta ILAHI.  :) ..mengenai perangai, nk kata jahat tu tidak la jahat sangat, tapi nk kata baik pun xde la baik, alim sangat.. tetapi masih dalam usaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. sesape yang sentiasa ada dengan aku akan tahu baik buruknya perangai aku..sedikit sebanyak juga tentang diri ini ialah, aku takut dengan lipas but i am a animals lover. sangat sukakan binatang. then i am a good listener..sesape yang rasa nk kongsi masalah tu klau x malu bleh la cari aku. as long as u trust me, i'll stay with u.. :) lagi satu maslah aku ni suka sangat la berangan. tapi kadang2 angan2 aku tu jadi kenyataan.. dah terbukti pun ha..haha.. tu je lakot sedikit sebanyak tntg aku..