love

Sunday 2 February 2014

assalamualaikum jodoh..apa khabar kamu?

Hampir setiap hari soal jodoh menjadi tanda tanya dalam hari-hari kita..sungguh kita tidak sabar nak menanti kehadiran dia dalam hidup kita kan..untuk bersama dia dalam hari-hari kita yang mendatang..itu naluri yang Allah cipta bersama bila Dia mencipta kita..naluri untuk berkasih sayang kerana itu membahagiakan..jika seorang hamba Allah masih belum bertemu dengan jodohnya, jangan ditanya kenapa, kerana itu semua kerja Tuhan.. cepat atau lambat itu sudah menjadi ketentuan..wahai jodohku, apa khabar kamu? moga kamu sentiasa dalam rahmat Allah SWT. moga sentiasa dalam lindunganNya..setiap hari aku menanti dirimu..dalam setiap doa-doaku selepas sujud kepada Tuhanku, juga Tuhanmu..jodohku, andai sekarang aku bisa tahu siapa dirimu, andai sekarang aku bisa tahu di manakah kamu..pasti hati ini akan gembira..namun, duhai gerangan jodohku, Allah pisahkan kita dengan jarak ruang dan masa..untuk melatih hati agar bisa yakin dengan segala ketentuanNya..kerana setiap manusia atau makhluk ciptaanNya dicipta berpasang pasangan..sabarlah jodohku, akan bertemu juga kita suatu hari nanti dalam ikatan yang sah dan halal..namun jika bukan jodoh kita di dunia ini, yakinkan lah hati kamu yang kita akan bertemu jua di syurga Allah.. mungkin kamu juga akan bertemu dengan orang yang salah sebelum bertemu denganku..sama-samalah kita persiapkan diri, teguhkan hati, perbaiki diri agar menjadi hamba yang taat akan perintahNya..moga nanti kamu mampu menjadi tunggak dalam keluarga, menjadi ketua bagi keluarga, menjadi imam bagiku, menjadi ayah bagi anak-anakku..dan mampu membawa keluarga kita menuju syurga yang abadi. insyaAllah..persiapkan dirimu dengan segala keperluan, taatkan dirimu pada Tuhanmu, juga kedua ibu bapamu..tidak mengharap kamu seperti Nabi Muhammad SAW kerana diri aku juga bukan seperti Siti Khadijah ra. namun sekurang-kurangnya kita mencuba mengikuti baginda untuk kehidupan yang lebih baik..harus kita ingat juga bahawa lelaki yang baik untuk wanita yang baik, dan sebaliknya.. memang kadang kala kita tidak baik..tapi harus kan jadi baik? pasti jodoh aku itu hensem kan,,heyy haruslah hensem kerana setiap ciptaan itu sebaik-baik ciptaan.. :) aku juga dalam usaha untuk mempersiapkan diri ke arah itu..untuk membaiki segala kekurangan, juga sedang merangkak untuk menuju Tuhan.. moga kita sentiasa sabar dalam ujianNya. jika nanti kita sudah bersedia, Tuhan akan temukan kita dalam apa jua keadaan, tidak terlalu cepat juga tidak terlewat walaupun sesaat..Allah, sayangnya Dia kat kita..insyaAllah..aku mencintai kamu kerana agama yang ada dalam dirimu..jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cinta aku kepada kamu..and if you remind me to remember ALLAH, then you are the best of companions..:) assalamualaikum..

#yang sentiasa merindui kamu dalam sujudku..