love

Sunday 5 January 2014

YOU NEVER WALK ALONE..#YNWA

assalamualaikum..hai awak, kamu, dan kita-kita..alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi Allah yang indah ini. malam ni idea nak berceloteh tu ada dah. bukan apa, study tu kita stop sekejap sebab otak aku ni dah tepu..feeling crazy2 gitu...wah macam study hard jer..hmmm macam..adakah otak hidayah ni lebih kecil dari matanya?  :3 hehe..kalau burung unta tu memang lah sebab otak burung unta lebih kecil dari mata nya.. dah sambung.. tajuk entry aku malam ini adalah hmmm baca lah kat atas tu.. yes, you never walk alone..kalau tengok tajuk tu jangan kata aku ni peminat liverpool fc pulak yer..ehh jangan..kalau jersey tu minat lah..eheee..  kerana apa? kerana kamu adalah anugerah. kamu adalah hadiah.. kamu adalah kiriman dari  Tuhan. sungguh aku menyayangi kamu.. and your name s always in my 'doa'.. maafkan aku kerana mungkin tidak mampu menjadi seorang sahabat buatmu, tapi percayalah kawan. perasaan ini, rasa ini, saat dan ketika ini, hanya ini yang aku mampu. sahabat, insan yang hadir saat diri ini jatuh, saat diri ini keseorangan, saat diri ini kesunyian, saat diri ini penuh terpalit dengan dosa dan saat diri ini jauh dari Tuhan sang pencipta. kini alhamdulillah, aku mampu berdiri dengan senyuman yang boleh dikira manis..ehh..hehe.. hanya kerana sahabat. Allah. KAU hadirkan insan- insan ini menjadikan aku seorang yang kuat saat ini. aku juga pernah kecewa. kecewa kerana seorang sahabat. benarlah kata orang, beribu kawan belum tentu boleh menjadi seorang sahabat. dalam bersahabat, sama ada dari jantina yang sama atau berlainan. boleh menimbulkan beribu cerita yang akan terpahat sebagai kenangan dalam layar hidup seorang yang bernama NURUL HIDAYAH ROHADI..sahabat yang sama jantinanya ada ceritanya. dengan pelbagai ragam, cerita, gosip-gosip mak jemah uolls.. sampaikan aku yang dahulunya seorang pendiam yang pemalu (gitu) bertukar watak menjadi seorang periang, yang gila-gila orang kata.,tapi tak tahu la pulak sampai mana tahap kegilaan tu.. ingat-ingat lah, masa zaman sekolah rendah dulu , ya Allah nak bercakap pun macam ada emas permata dalam mulut. (pendiam la kata konn). lain sungguh dengan watak aku yang sekarang ni.. haihh. nak kata periang, tidak lah jugak, tapi bila dengan aku, aku akan berusaha ceriakan suasana tuh.. stress doh sunyi je..dan satu lagi perangai aku, aku pantang tengok orang yang pendiam, pemalu, silly milly tuh..mak aihh perasaaan geram tu ummph, xleh nak cakap. tak tahu lah kena sampuk apa..guess what, sekarang aku sedang tersenyum teringatkan 2 orang classmate masa  form 6 dulu, syimah dengan nadirah.. hehe..punya la senyap tak terkata sampaikan ada yang buat lawak pun boleh diaorang tak gelak.. ee takde perasaan ke apa..sampai kena denda dengan cikgu pun boleh buat muka relex badak ..aku? umm takyah cakap lah..memang cikgu kenal..kalau tak kena pelakun dengan cikgu ekonomi hari-hari memang tak sah..cari salah aku je cikgu tu..tapi bukan nak bangga lah, hehe.. i dapat A uolss subjek ekonomi. berkat kena pelakun hari-hari. how much i miss the moment..lain pulak kalau bersahabat dengan yang berlainan jantina ni. maksud aku antara lelaki dengan perempuan ni lah. orang cakap lelaki dengan perempuan ni takleh bersahabat baik. lama- lama akan timbul satu perasaan tu. perasaan suka ..kalau tak pihak lelaki, belah perempuan.. pernah bersahabat baik dengan lelaki dulu.. ehh sekarang ni ramai kot kawan lelaki aku kat UKM ni. tapi maksud aku yang rapat, yang hari-hari dengan kita, yang cerita segala benda kat kita. yes aku tetap akan ingat sahabat aku yang sorang tu.. tapi sekarang dah ada kehidupan masing-masing kan..really missed u dude...tipu lah dalam bersahabat dengan dia tu tak pernah ada perasaan sayang. hmm tapi aku taknak kaitkan apa-apa. kami tetap bersahabat....sekarang pun tengah bersahabat dengan sorang boboy ni kan..dah tahu dah sape..haha..alahai..thanks sebab dah teman kita hari-hari..how much i like u..:-*  opps..sorry, dah ter"like" dah..tengok, dia dah text dah,..wechat dia dah sampai dah..:)..untuk boboy tu " bila awak dah ada kehidupan awak nanti, jangan lupa saya tahu,, nanti saya sedih.. jangan la tinggal saya macam org tu buat saya " *lap mata*.. aku takut, bila aku kenal dengan seseorang tu, akan ada saat kita akan terpisah, tapi berpisah hari ini, akan bertemu nanti di dalam syurga ALLAH.. insyaAllah..buat sahabat yang sentiasa ada, "you never walk alone" aku akan sentiasa ada dengan kamu..uhibbuki fillah..insyaALLAH...aku tak mintak korang balas apa yang aku dah buat tu..cukup kenang  aku dalam doa kalian. sungguh aku cinta kalian kerana Pencipta..tapi kan dalam ramai-ramai sahabat yang aku ada atas muka bumi ni, aku tetap menanti "sahabat" yang akan aku habiskan masa tua aku dengan dia.ee gatai..*senyum sipu-sipu. siapa dia? yang tu aku tak tahu.. walau di mana pun dia sekarang, aku doakan "sahabat" aku tu sentiasa dilindungi Allah. Moga di jaga hatinya, dijaga imannya..
assalamualaikum..:)

#dari sahabat yang ingin memimpin tanganmu hingga ke syurga Allah.

No comments:

Post a Comment